LATIHAN

Sila ke laman bawah untuk menjawab soalan Penjodoh Bilangan.

http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm24.HTM
 








Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut. 

1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus__________ kawat berduri.
A utas
B gulung
C gelung
D bidang

2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia.
A Sejambak
B Sekuntum
C Sejambangan
D Sebatang

3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.
A utas
B untai
C gulung
D lembar

4 "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmah kepada Jamilah.
A cuit
B cubit
C colet
D genggam

5 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.
A Segugus
B Sekelompok
C Sehamparan
D Sekumpulan

6 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
A kelompok
B tompok
C buah
                     D biji

7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.
A patah
B potong
C cebis
D untai

8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.
A biji
B ulas
C buah
D buku

9 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.
A cebis
B bentuk
C lembar
D cucuk

10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.
A butir
B das
C biji
D pucuk




Latihan - KATA NAMA

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah  
   seekor __________ yang pintar.
A orang      B haiwan     C makhluk      D ternakan

2 Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.
A kelapa sawit    B bunga      C getah       D padi

3 Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
A hati       B ubat       C gula       D garam

4 __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
A Batik     B Dodol     C Gamelan     D Tarian Inang

5 __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
A Nyanyian     B Masakan     C Pakaian      D Tarian

6 __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
A Gadis      B Wanita       C Pemudi      D Pemuda

7 Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
A doktor      B perwira      C mekanik      D pemandu

8 Mereka selalunya bermesyuarat di __________.
A bilik gerakan    B bilik bacaan     C bilik stor   D bilik air

9 Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput.
A sumpah-sumpah            B angkut-angkut                     C kisi-kisi                           D api-api

10 Mak Leha sedang menuang air ke dalam __________ itu.
A labu-labu                        B kisi-kisi                               C dekak-dekak                  D kuda-kuda

11 __________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.
A Budak-budak                 B Kanak-kanak                       C Lelaki-lelaki                   D Pelajar-pelajar

12 __________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.
A Batu-batan                     B Tanah-tanih                        C Bukit-bukau                    D Kayu-kayan

13 __________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah.
A Buah-buah                    B Buku-buku 
C Bekas-bekas                 D Barang-barang

14 Cikgu Rozita merupakan bekas ________di Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka.
A murid       B pelatih      C pelajar         D mahasiswa

15 __________ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu.
A Daun       B Batang      C Pelepah       D Mayang

16 Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
A poskad                   B majalah                                       C surat khabar          D surat berdaftar

17 Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
A Arnab        B Kucing       C kambing        D kura-kura


18  Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Ptoton buatan __________.
A Malaysia        B Korea      C Jepun          D China
 

19 Pada hari __________ yang lalu, Farid dan abangnya menunaikan solat di Masjid al-Falah di kampung mereka.
A Isnin           B Rabu          C Ahad            D Jumaat

20 Orang ramai berkumpul di __________ itu untuk mendengar ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Dato. Dr. Fadzillah Kamsah.
A kedai         B rumah         C dewan          D masjid

21 Kaum ______diingatkan supaya tidak terpedaya dengan jualan murah .
A gadis         B isteri           C betina           D wanita

22 Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya menambahkan hasil tangkapan __________.
A pesawah      B penoreh       C nelayan        D petani

23 Kita sebagai __________ Malaysia hendaklah menghormati undang-undang negara.
A pelancong      B pendatang      C rakyat       D murid

24 Sofea dihadiahi ayahnya sebuah __________ kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun lalu.
A motosikal       B basikal          C kereta        D beca

25 Kemalangan yang berlaku di bawah ____________itu menyebabkan kesessakanlalu lintas.
A jejantas       B jambatan      C lapangan     D bangunan













2 comments:

  1. Berharap murid-murid dapat menjawab soalan di atas.

    ReplyDelete
  2. Sangat berguna kepada saya kerana saya dapat mengukuhkan bahasa melayu.

    ReplyDelete