TEKNIK MENJAWAB KARANGAN UPSR
PENGAJARAN NILAI MURNI BAHASA MELAYU
PENJODOH BILANGAN
Penjodoh Bilangan
|
Kegunaan
|
Contoh
|
angkatan
|
Digunakan untuk manusia atau benda
|
Kapal terbang, polis, askar,
|
Baris
|
Digunakan untuk benda/manusia yang berbaris
|
Orang, rumah, pokok, pemadam, gigi
|
Batang
|
Digunakan untuk benda yang panjang
|
Kayu, galah, sungai, lilin
|
Bentuk
|
Digunakan untuk benda-benda kecil yang berkeluk
|
Cincin, subang, mata kail, permata
|
Berkas
|
Digunakan untuk benda yang diikat bersama-sama
|
Kayu, papan, kunci
|
Bidang
|
Digunakan untuk benda yang luas
|
Tanah, kebun, lading
|
Biji
|
Digunakan untuk buah, sayur-sayuran atau benda yang kecil
|
Batu, cawan, telur, guli, bola
|
Bilah
|
Digunakan untuk benda yang tajam
|
Pisau, sabit, gunting, kapak
|
Buah
|
Digunakan untuk benda yang besar dan padu yang tidak menentu
|
Peti sejuk, almari, radio, taman, kereta, motorsikal, rumah
|
Buku
|
Digunakan untuk benda yang berbongkah
|
Sabun, roti, benang
|
Butir
|
Digunakan untuk benda yang kecil dan bulat
|
Peluru, mutiara, telur, beras
|
Carik/Cebis
|
Digunakan untuk benda yang dikoyakkan
|
Kain, kertas
|
Cekak
|
Digunakan untuk menghimpun benda
|
Benih padi, tangkai padi
|
Cubit
|
Digunakan untuk benda yang diambil sedikit dengan jari
|
Garam, gula, tepung
|
Cucuk
|
Digunakan untuk benda yang dicucuk dengan lidi
|
Sate, bebola ikan, daging, buah-buahan
|
Das
|
Digunakan untuk bunyi tembakan
|
Pistol, senapang, merian
|
Deret
|
Digunakan untuk benda yang disusun
|
Rumah, kereta, bangunan
|
Ekor
|
Digunakan untuk binatang
|
Ikan, ayam, itik, ular
|
Gelung
|
Digunakan untuk benda yang panjang dan bergulung
|
rotan, dawai, kawat, tali, wayar
|
Genggam
|
Digunakan untuk benda yang digenggam
|
Beras, padi, batu
|
Gugus
|
Digunakan untuk benda atau buah-buahan yang berkelompok
|
Kelapa sawit, anggur, langsat, kunci
|
Gerombolan
|
Digunakan untuk orang
|
Samseng, penjahat
|
Gulung
|
Digunakan untuk benda yang bergulung
|
Filem, kertas, dawai, kunci
|
Gumpal
|
Digunakan untuk gumpalan
|
tanah, tembakau, kapas, kekabu, asap, awan
|
Helai
|
Digunakan untuk benda yang nipis dan lebar
|
Baju, seluar, kertas, sampul surat, selimut
|
Hidang
|
Digunakan untuk menjamu sesuatu
|
Lauk, kuih, air
|
Ikat
|
Digunakan untuk benda yang diikat
|
Papan, kayu, sayur, tebu
|
Hiris/Iris
|
Digunakan untuk benda yang dipotang nipis-nipis
|
Bawang, halia, tomato, timun, daging
|
Jambangan
|
Digunakan untuk benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
|
bunga
|
Jambak
|
Digunakan untuk benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
|
Bunga, kunci
|
Jemput
|
Digunakan untuk sebungkus barang
|
nasi, garam, gula, ikan bilis, udang kering
|
Kajang
|
Digunakan untuk bahagian atas rumah
|
Atap, bumbung
|
Kaki
|
Digunakan untuk benda yang bertangkai
|
Paying, cendawan
|
Kandang
|
Digunakan untuk tempat menginap binatang
|
Kambing, lembu, kerbau
|
Kawan
|
Digunakan untuk kumpulan binatang
|
Gajah, lembu, kambing, lebah
|
Kelompok
|
Digunakan untuk sekumpulan benda,manusia, binatang dan pulau yang berkelompok
|
Awam, kuda, pulau, bintang, burung
|
Kepal
|
Digunakan untuk benda yang dikepal dengan tangan
|
Nasi, pulut , tanah
|
Keping
|
Digunakan untuk benda yang tipis atau pipih
|
Biskut, roti, syiling, kad, gambar
|
Kepul
|
Digunakan untuk benda yang berkepul-kepul
|
asap, awan
|
Kerat
|
Digunakan untuk benda yang dipotong bahagian
|
Roti, papan
|
Ketul
|
Digunakan untuk benda yang berketul atau padu
|
Ais, daging, tulang, sabun
|
Kotak
|
Digunakan untuk benda yang diisi dalam kotak
|
Ubat, mancis, pensel, pen
|
Kumtum
|
Digunakan untuk [e;bagai jenis bunga-bungaan
|
Melur, mawar, teratai, anggerik
|
Lapis
|
Digunakan untuk benda yang berlapis
|
Selapis kiuj, tujuh lapis langit
|
Laras
|
Digunakan untuk senjat api
|
Pistol, senapang, merian
|
Lembar
|
Digunakan untuk benda yang lurus dan panjang
|
Kertas, benang, tali
|
Lingkar
|
Digunakan untuk benda yang bergulung-gulung
|
ubat nyamuk, tali, dawai, rotan
|
Longgok
|
Digunakan untuk benda yang berlonggok-longgok
|
Baju, durian, rambutan, betik, cili
|
Naskhah
|
Digunakan untuk bahan bacaan berjilid
|
Surat khabar, majalah, buku, risalah
|
Orang
|
Digunakan untuk manusia
|
Doctor, peguam, guru, murid
|
Papan
|
Digunakan untuk benda yang berbentuk kepingan
|
Mercun, coklat
|
Pasang
|
Digunakan untuk manusia atau benda yang berpasangan
|
Kasut, anting-anting, anak, stoking
|
Pangsa
|
Digunakan untuk bahagian dalam buah
|
Durian, cempedak
|
Pasukan
|
Digunakan untuk orang yang berpakaian seragam
|
Plolis, tentera, askar, kadet, pandu puteri
|
Pintu
|
Digunakan untuk bangunan yang berderet
|
Sepintu rumah, dua pintu kedai
|
Patah
|
Digunakan untuk kata
|
Perkataan, kata-kata
|
Pohon
|
Digunakan untuk pokok
|
Sepohon orkid
|
Potong
|
Digunakan untuk benda yang sudah dipotong
|
Daging, kek, kuih, roti
|
Pucuk
|
Digunakan untuk senjata api dan benda yang tipis serta halus
|
Sampul surat, pistol, senapang
|
Puntung
|
Digunakan untuk bahagian yang masih menyala
|
Rokok, kayu api
|
Persalinan
|
Digunakan untuk pakaian yang lengkap
|
Sepersalinan pakaian
|
Rangkap
|
Untuk puisi
|
Syair, pantun, sajak
|
Rawan
|
Digunakan untuk benda yang labuh dan bersirat
|
Jala, jaring, pukat
|
Relung
|
Digunakan untuk pembahagian kawasan
|
Serelung sawah, dua relung kebun
|
Ruas
|
Digunakan untuk benda yang beruas-ruas
|
Tebu, buluh
|
Rumpun
|
Digunakan untuk tumbuhan yang rapat-rapat
|
Rumput, padi, pandan, buluh
|
sikat/sisir
|
Digunakan untuk buah pisang
|
Pisang
|
Suap
|
Digunakan untuk makanan yang disuap
|
Sesuap nasi
|
Tandan
|
Digunakan untuk buah yang bertandan
|
Pisang, kelapa, kelapa sawit
|
Tangkai
|
Digunakan untuk buah-buahan, bungaan dan daun yang bertankai
|
Daun, langsat, kekwa, ros, padi
|
Teguk
|
Digunakan untuk air
|
air
|
Timbun
|
Digunakan untuk benda yang bertimbun
|
Setimbun pasir, dua timbun batu
|
Tingkat
|
Digunakan untuk benda yang bertingkat-tingkat
|
kedai, bangunan, rumah
|
Titik
|
Digunakan untuk cecair yang menitis
|
Air, darah, dakwat
|
Titis
|
Digunakan untuk benda yang menitis
|
Setitis embun, dua titis air mata,
|
Tompok
|
Digunakan untuk benda yang bertompok
|
Setompok anjong, tigan tompok kucing
|
Tongkol
|
Digunakan untuk buah yang bertongkol
|
Jagung
|
Ulas
|
Digunakan untuk buah-buahan yang berpangsa
|
Durian, cempedak, nangka
|
Untai
|
Digunakan untuk benda yang panjang dan berbentuk
|
Rantai manik, kalung mutiara, pantun
|
Urat
|
Digunakan untuk benda yang halus dan panjang
|
Benang, dawai, rambut, rotan
|
Utas
|
Digunakan untuk benda yang panjang dan dapat digulung
|
Rantai, tali, paip, dawai
|
KATA GANTI NAMA KEDUA
PERIBAHASA
PENGAJARAN TATABAHASA
PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian
daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang
menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara
hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan
rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi
hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang
masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan
itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain
lagi.
Permainan Batu
Seremban
Pengenalan
Batu Seremban juga dikenali
sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu
lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara
individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua
hingga empat orang atau lebih.
Biasanya ia menggunakan guli
kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai
berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek
ini dikenali sebagai buah.
Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban
ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula
dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang
dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau
peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Permainan
Gasing
Pengenalan
Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung
Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia
seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur,
gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing
pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang
kecil dan mudah dipermainkan.
Cara Bermain Permainan Gasing
Cara Bermain Permainan Gasing
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri.
Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan.
Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Permainan Sepak Raga
Pengenalan
Permainan sepak raga telah sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan
bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak
raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh
orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.
Bola sepak raga diperbuat daripada
bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua
atau tiga lapis.
Cara Bermain
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang
pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang
bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah
pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah
bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika
bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Permainan Wau
Pengenalan
Permainan wau ini juga dikenali dengan
layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung.
Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di
kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau
dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung,
wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau
lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari
oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi
kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain
dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding.
Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.
Congkak
Pengenalan
Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh
kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan
yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak.
Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas
tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji
saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh
dimainkan oleh dua orang sahaja.
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".
Cara-cara Bermain Congkak
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".
Cara-cara Bermain Congkak
a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke
dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam
"rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam
"kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada
buah ia dikira mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.
Slaid ini mengajar cara-cara menjawab kertas ujian UPSR Bahasa Melayu.
ReplyDeletegood!!!!!!!!
ReplyDeleteDo the best!
ReplyDelete贊!
ReplyDeleteBe the best!!!!
ReplyDeletehalaman ini akan jadi lebih menarik jika ditambah dengan pelbagai soalan lagi.... Thanks
ReplyDeletesyabas,teruskan usaha kamu!
ReplyDeleteJelas dan menarik...
ReplyDeletegood..
ReplyDeletePerkongsian yang baik. Terima kasih.
ReplyDeletePenerangan yang jelas ~^^
ReplyDeleteMaklumat yang amat berguna!
ReplyDeleteringkas dan mudah faham.
ReplyDeleteTerima kasih kepada semua cikgu kerana sudi memberikan komen di blog saya.
ReplyDeleteHello Cikgu.
ReplyDeleteWah, tahniah yer.Cantik blog cikgu. Terima kasih diatas perkongsian maklumat yang amat bermanfaat ini. Banyak bahan di sini boleh digunakan semasa p&p nanti dan berinformasi. Jika ada kelapangan, sudilah cikgu ke laman blog saya di http://cikgurohanimu.blogspot.com
Terima kasih cikgu. follow yer :)
Nota yang sangat lengkap dan paparan yang sangat menarik!
ReplyDeleteBlog yang hebat,berisi kandungan sepenuhnya.
ReplyDelete